Followers

My Fwen list

Showing posts with label koleksi novel. Show all posts
Showing posts with label koleksi novel. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Street vendetta

novel seterusnye...



Anabella si gadis hipokrit bermata duitan yg gemarkan kekayaan dan status..kojie bergaya selekeh ..dan punk sukakan kesederhanaan.Bila keduanye bertemu ,dunia seakan mahu runtuh.Kerana sebuah kereta ,keduanye dipertemukan dlm situasi aneh.kerana mengejar sebuah cinta keduanye saling cuba memahami.

cinta Anabella kpd Iqbal membawanye ke cherating ditemani kojie,si selekeh yg baik hati.misi Anabella cuma satu mahu merebut Iqbal dr tangan si tumirah kuncup aka mira.namun disana dia mula cuba memahami sesuatu cinta monyet semasa remaja tidak lg sama spt yg diharapkan.

perpisahannye dgn kojie di cherating entah kenapa telah membuahkan rindu.anehnye bila dia bertemu fakruzi,si jejaka tampan yg memiliki iras senyuman kojie,anabella mula dihimpit keliru,siapa kojie?siapa pula fakruzi?semuanye akan terjawap dlm street vendeta..

Love is always a beautiful things in our heart..sweet and sour!!!

Saturday, December 19, 2009

novel baru lg



Sinopsis : SUNGGUH AKU CINTA

TIDAK pernah terlintas di fikiran Maira yang janji setia Azhan terhadapnya akan sirna. Sehabis daya Maira memujuk, tetapi lelaki itu tetap mahu menikahi Sofia. Dia ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai.

Maira bangkit mendepani takdir. Bukan serik untuk bercinta lagi, tetapi salam kasih Fajar dibiarkan sepi. Namun, kesungguhan lelaki itu mendamba cinta, perlahan-lahan melarutkan kedukaannya.

Azhan muncul kembali merayu cinta Maira. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira, kasih yang sudah terputus takkan ada sambungnya lagi.

Sekali lagi ketabahan Maira diuji apabila Fajar dipaksa membuat pilihan oleh ibunya. Maira pasrah pada takdir ILAHI. Dia menerima hakikat bahawa hidup ini bukan semata-mata kerana cinta...

Harga : RM 19.90

Halaman :512

ISBN : 978-983-124-433

Layan je la ek..sbnrnyer aku da xder modal nk bercerita..cter sal nover je la koje.

Aku mmg kaki novel pon,melambak kt umah tuh huhu,sekadar bacaan tuk mse lapang je pon..

dr aku membuta x tentu psl bek bca buku kan kan ...(sesambil bca aku t'tido jgk haha)

orite la tuu..

p/s yg ni aku kc 6/10 star no komen lebey2.nk tau lebey lanjut p bca sdri la yeh haha.. ^_^

Thursday, November 12, 2009

koleksi novel mggu ini...

Sinopsis : YANG SEBENARNYA
TIDAK semua cinta itu berbalas. Inilah yang terjadi kepada Eddie.Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat. Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah.Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa meyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun, hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.

Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta untuk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, mereka sering bertelingkah tanpa sebab. Nadhiya memendam rasa...

lelaki itu seperti memusuhinya. Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

Harga : RM 19.90
Halaman :512

ISBN : 978-983-124-474-6

p/s boleh tahanla...lgpon ni srg penulis kesukaanku ekeke

Wednesday, August 12, 2009

My Novella



ANDAI ITU TAKDIRNYA

Sinopsis

Mengisahkan ttg pasangan suami isteri yg terpaksa berkahwin slps ditangkap khalwat yg didalangi oleh seseorg yg amat dipercayai oleh si jejaka.Syed Azril pd mulanya seorg suami yg x b'tanggunjawap,suka mendera disamping sikap ego yg t'lampau manakala Aleya seorg isteri yg amat penyayang & lembut.Kerana kes khalwat ini dia dibuang keluarga dan hanya mampu mengadu nasib pd kwn karibnya iaitu Umairah.Di dlm novel ini akn m'ceritakan pelbagai penyeksaan yg dilakukan Syed Azril sekeluarga kpd Aleya.

Apabila ego menguasai diri buruk padahnya.Namun ALLAH itu maha besar,takdir penentu segalanya. Dlm diam Syed Azril menyimpan perasaan sayang t'hadap isterinya Aleya .Selepas pelbagai dugaan yg dihadapi Aleya ,masihkah ada cinta dlm dirinya?Tambahan pula ada org ketiga iaitu Syrifah Emilin yg sentiasa m'punyai muslihat buruk ingin merebut kekasih hati iaitu Azril, sehingga sanggup merosakn hubungan Aleya dan Azril.Mampukah hubungan mereka b'tahan ,dptkah Azril merebut kembali hati isterinya .?
Semuanya akn t'jwp dlm Novel ini.

Andai itu takdir-NYA dugaan yg perlu aku lalui sebelum mengecapi nikmat kebahgiaan,sesungguhnya aku REDHA...Aleya..


P/S nway novel mmg best la bg aku,gerenti airmata korg akn keluar tanpa segan silu klu bca novel nih..huhu